Skip to main content

Malaysia

Kerajaan pertimbang tamatkan subsidi telur ayam selepas bekalan pulih - Mat Sabu

41723461785_tbMohamadSabu.jpg
PUTRAJAYA : Kerajaan akan mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C sekiranya bekalan telur kembali pulih dan stabil.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penamatan subsidi itu dapat dimanfaatkan untuk pembangunan sektor agromakanan lain yang lebih mendesak.

โ€œApabila kita ambil keputusan tidak popular dengan menamatkan subsidi ayam, pada ketika itu ramai yang perlekeh usaha kita kononnya harga ayam akan melambung.

โ€œAlhamdulillah, setelah subsidi ditamatkan, harga ayam tidak lagi melambung dan lebih penting, negara dapat jimat RM100 juta sebulan.

โ€œJadi sebab itu saya berpandangan sudah tiba masanya kementerian ini kaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C bila bekalan telur sudah pulih dan stabil,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan kementerian, di sini, pada Rabu.

Pada tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM927 juta bagi subsidi telur ayam.




Must Watch Video