Skip to main content

Malaysia

Flotila adakan protes di Tasik Geneva bantah Sidang Kemuncak G7

Demining teams of the French army as they dive into Lake Leman ahead of the G7 summit in Evian-les-Bains, France, June 12, 2026. REUTERS/Denis Baliboouse
Tentera Perancis berkawal di Tasik Geneva menjelang Sidang Kemuncak G7 di Evian-les-Bains, Perancis, 12 Jun 2026. REUTERS

ISTANBUL: Satu flotila yang terdiri daripada 25 bot berkumpul di Tasik Geneva pada Sabtu sebagai simbolik membantah Sidang Kemuncak G7 yang berlangsung di Bandar Evian, Perancis, dengan penyertaan sekitar 100 aktivis dari 15  negara, lapor  Anadolu Ajansi (AA) yang memetik akhbar Switzerland, TDG.

Kumpulan bot berkenaan berkumpul di tengah-tengah tasik berhadapan dengan Bandar Evian, lokasi para pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengadakan pertemuan pada hujung minggu ini.

Menurut kenyataan daripada Sumud Global Switzerland yang menyokong tindakan itu, para peserta mahu menyatakan bantahan terhadap pendirian Switzerland berhubung Gaza serta peranannya dalam urusan keselamatan di sekitar sidang kemuncak itu.

Pihak penganjur menyifatkan demonstrasi itu sebagai aman dan tidak melibatkan keganasan.

Beberapa orang peserta sebelum ini pernah menyertai misi flotila yang bertujuan untuk memasuki Gaza.

Bekas Datuk Bandar Geneva Remy Pagani, yang sebelum ini pernah ditahan di Israel semasa menyertai misi flotila ke Gaza, turut mengambil bahagian dalam protes berkenaan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement