ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Julai 2026.
Laporan lengkap insiden letupan bom tangan di Gurun dijangka diterima 23 Julai - Mohamed Khaled
Laporan itu penting bagi memastikan semua aspek teknikal, prosedur dan keterangan saksi diteliti secara menyeluruh sebelum sebarang kesimpulan mengenai punca sebenar kejadian dimuktamadkan.
Pemimpin MCA persoal dakwaan kerjasama UMNO-Pas dalam PRK Negeri Sembilan
Saw Yee Fung mempersoalkan dakwaan wujudnya persefahaman antara UMNO dan Pas dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Negeri Sembilan.
Remaja Malaysia ditahan di Hong Kong bawa 3kg bunga ganja dipercayai keldai dadah
Semakan mendapati lelaki berasal dari Sarawak itu tidak mempunyai rekod kesalahan di Malaysia.
Padini umum SPRM batalkan perintah beku akaun bank
Padini Holdings Bhd (Padini) hari ini memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membatalkan perintah pembekuan semua akaun bank syarikat itu serta anak syarikat dilaksanakan sebelum ini yang menjadi sebahagian daripada prosedur siasatan.
Dewan Rakyat ditangguh, 13 rang undang-undang diluluskan
Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 16 hari sejak 22 Jun lepas.
Sasaran pingat emas kembali jadi KPI kontinjen negara di temasya sukan
Majlis Sukan Negara (MSN) kini menggunakan pendekatan baharu dengan menetapkan sasaran pingat emas secara khusus sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) kepada kontinjen dan atlet negara pada temasya sukan utama.
RXZ Members 8.0: Datanglah ke Terengganu, tiada operasi 'pukat' - Polis
Polis Terengganu memberi jaminan keselamatan termasuk tiada operasi 'pukat memukat' terhadap lebih 100,000 peminat motosikal untuk berkumpul pada program RXZ Members 8.0 hujung bulan ini.
PAC bincang keperluan siasat pelaburan KWAP dalam eFishery - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan membincangkan sama ada perlu menjalankan prosiding berhubung pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat pemula eFishery, yang dikaitkan dengan dakwaan penipuan terancang.
PRN Negeri Sembilan: Sokongan kepada PH penting demi kesinambungan pembangunan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 akan membolehkan kesinambungan usaha pembangunan diteruskan demi manfaat rakyat.
PRN Negeri Sembilan: Teka-teki 11 kerusi BN terjawab, PN umum baki calon
Teka-teki berhubung baki 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak diumumkan Barisan Nasional (BN) semalam akhirnya terjawab apabila Perikatan Nasional (PN) hari ini mengumumkan calon bagi kesemua baki kerusi berkenaan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.