Skip to main content

Dunia

Dua maut, lebih 100 cedera dalam rempuhan di festival Hindu di timur India

Sumber: X Warfront
Ratusan ribu penganut menyertai festival tahunan itu menyaksikan patung dewa dibawa keluar dari kuil dalam perarakan kereta kuda. - Foto media sosial

HYDERABAD: Dua penganut maut manakala lebih 100 mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital susulan insiden rempuhan di festival Hindu di timur India pada Khamis.

Kejadian yang berlaku semasa sambutan Jagannath Rath Yatra di bandar pesisir pantai Puri, negeri Odisha itu berpunca akibat orang ramai yang berasak-asak, menurut laporan media tempatan.

Ahli politik tempatan Sanjay Das Burma mengesahkan kepada pemberita yang jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital utama di Puri mencecah 350 orang.

"Ini amat malang. Setakat ini, Hospital Kolej Perubatan Puri menerima kira-kira 350 kes trauma dan bukan trauma. Dua orang meninggal dunia," katanya.

Ratusan ribu penganut menyertai festival tahunan itu menyaksikan patung tiga dewa bersaudara, iaitu Dewa Balabhadra, Devi Subhadra dan Dewa Jagannath, dibawa keluar dari kuil dalam perarakan kereta kuda.

Festival di Puri mempunyai sejarah insiden rempuhan, dengan beberapa kematian dan kecederaan turut dilaporkan tahun lalu apabila orang ramai berpusu-pusu untuk melihat patung dewa berkenaan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement