Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Jun 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Jun 2026.
 

  1. Sivasangari jadi finalis Malaysia pertama di Akhir Jelajah PSA sejak 2012

    Pemain pilihan keempat itu menewaskan pilihan utama dan bintang Mesir Amina Orfi, 3-1 dalam aksi separuh akhir yang mendebarkan.
     

  2. Selangor perluas akses kesihatan mampu milik melalui Selgate

    Langkah itu bukan sahaja memberi akses rawatan yang lebih pantas kepada pesakit, malah membantu mengurangkan tekanan dan kesesakan di fasiliti kesihatan awam.
     

  3. IDEAS gesa pelaksanaan DPP telus, seimbang isu pelarian

    IDEAS turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan sentimen kebencian dan retorik berunsur perkauman serta xenofobia terhadap komuniti pelarian Rohingya di Malaysia.
     

  4. KO petarung Iran di pusingan pertama, Rifdean akhirnya raih kontrak ONE Championship

       Atlet tu mengekalkan momentum cemerlang apabila menewaskan Javad Mozafari dari Iran menerusi knockout (KO) pada pusingan pertama di Bangkok.
 

  1. Pelarian tidak wajar dipersalahkan atas isu kos sara hidup, keselamatan - UNHCR

       Pelbagai fakta telah dikemukakan kepada umum oleh pihak berkuasa bertujuan untuk membetulkan tanggapan ini.
 

  1. HAWANA 2026: PM Anwar zahir penghargaan media tempatan berpegang pada etika dan integriti

    Tugas pengamal media pada masa kini bukan mudah, terutama ketika dunia berdepan ledakan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).
     

  2. DAP umum empat calon galas cabaran di PRN Johor

    Empat calon berkenaan ialah Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kewangan Nor Zulaila Abd Ghani, 38, yang dipertaruhkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram manakala Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Johor Lee Wern Yiing, 30, akan bertanding di Johor Jaya.

     
  3. 402 kes rokok elektronik mengandungi dadah sintetik direkodkan setakat April 2026

    Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dapatan tersebut disifatkan sebagai ancaman serius kepada kesihatan awam, khususnya dalam kalangan remaja.

     
  4. Jangan jadikan AI ‘doktor sendiri’, perlu rujuk pakar - Dr Dzulkefly

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menegaskan, sebarang simptom atau gejala penyakit perlu dirujuk segera kepada pengamal perubatan bertauliah sama ada di fasiliti kesihatan awam mahupun swasta.

     
  5. Hoki Piala Negara-Negara: Malaysia tutup kempen dengan kemenangan, tumpaskan Scotland

    Skuad hoki lelaki negara menamatkan kempen FIH Hockey Men’s Nations Cup 2025-26 di tempat kelima selepas mencatat kemenangan meyakinkan 4-2 ke atas Scotland dalam perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam.

Must Watch Video

Advertisement