ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Jun 2026.
1. Pemasyhuran Tunku Panglima Besar hak prerogatif Yang Dipertuan Besar - Pakar
Pemasyhuran Tunku Zain Al-'Abidin sebagai Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan merupakan hak dan kuasa prerogatif Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
2. PRN Negeri Sembilan: Tiada isu pengkhianatan UMNO - Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tidak timbul isu pengkhianatan UMNO berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan.
3. Sabah Southern MADANI Link pastikan pembangunan sampai ke pedalaman - PM Anwar
Projek itu selaras dengan dasar Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan adil dan saksama, tanpa memfokuskan kemajuan hanya di kawasan bandar utama.
4. Hamzah umum tubuhkan Parti Wawasan Negara
Ketua Gerakan Reset Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainudin nmengumumkan bahawa gerakan itu akan bergerak di bawah sebuah parti baharu dikenali sebagai Parti Wawasan Negara.
5. Hamzah kembali galas tugas Ketua Pembangkang - Hadi Awang
Pas dan Gerakan Reset membuat keputusan itu bagi memastikan kesinambungan kepimpinan pembangkang di bawah struktur sedia ada.
6. Kematangan politik penting bagi pertahan negara bangsa – PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia memerlukan kematangan, kewarasan dan kebijaksanaan politik bagi mempertahankan serta memperkukuh semangat negara bangsa yang dibina atas nilai perpaduan.
7. Penempatan haram Rohingya di Hulu Langat dirobohkan
Perobohan struktur bangunan perkampungan Rohingya di Sungai Tekali, Hulu Langat mula dilaksanakan hari ini oleh pemilik tanah.
8. Isu Rohingya: Kadar penempatan negara ketiga oleh UNHCR terlalu rendah - Saifuddin Nasution
Kadar penempatan ke negara ketiga oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) terlalu rendah bagi pelarian termasuk Rohingya, antara punca golongan itu kekal berada di tengah-tengah masyarakat tempatan dalam tempoh yang lama.
9. ARRC: Hafizh Syahrin terus unggul, raih kemenangan kelima berturut-turut
Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, meneruskan aksi cemerlang dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2026 apabila meraih kemenangan kelima berturut-turut selepas menjuarai Perlumbaan 1 Pusingan Ketiga di Litar Motegi, Jepun, hari ini.
10. 'Status Bersatu dalam PN ditentu dalam mesyuarat akan datang' - Ahmad Samsuri
Status Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) akan ditentukan dalam mesyuarat akan datang, kata Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.