ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 Mei 2026.
1. Runtuhan bangunan Filipina: Dua dikesan masih hidup, rakyat Malaysia antara yang selamat
Antara yang diselamatkan ialah seorang lelaki warga Malaysia berusia 51 tahun yang menginap di sebuah hotel bajet berhampiran, yang turut rosak akibat runtuhan.
2. Wakil rakyat PKR hadir majlis Rafizi perlu beri penjelasan
Ketua Angkatan Muda (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, mereka perlu tampil memberi penjelasan yang sewajarnya.
3. Kereta mewah Toyota Vellfire pemain kebangsaan disita
Pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) MPV itu telah tamat tempoh pada 18 November tahun lalu selain tidak mempunyai perlindungan insurans.
4. 24 maut, 82 cedera dalam letupan sasar kereta api di Barat Daya Pakistan - Laporan
Letupan itu berlaku di landasan kereta api di Quetta yang menyasarkan kereta api yang menuju ke kawasan kantomen bandar berkenaan.
5. Rundingan AS-Iran tunjuk perkembangan positif, Malaysia sokong usaha pelbagai hala - PM Anwar
Perkembangan itu memberi harapan ke arah penyelesaian diplomatik yang mampu memperkukuh keamanan dan keselamatan rantau berkenaan.
6. Tengku Hassanal titah latihan ketenteraan di Pahang perlu dapat perkenan Sultan
Baginda menzahirkan kebimbangan latihan ketenteraan di kawasan pulau negeri itu, menggugat ekosistem alam sekitar, flora dan fauna.
7. Malaysia Airlines catat penyerahan pesawat Boeing ke-200 dengan ketibaan terbaharu 737-8
Malaysia Airlines menyambut baik ketibaan pesawat Boeing 737-8 yang keempat pada tahun ini, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Kapten Nasaruddin A Bakar.
8. BTS 'gegar' Kuala Lumpur Disember ini
Kumpulan K-pop sensasi dunia, BTS bakal mengadakan konsert jelajah dunia Arirang World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember depan.
9.Kesal tuduhan Hadi Awang, ini penjelasan Bersatu jawab dakwaan Pas
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menzahirkan rasa kesal terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, ketika menyatakan akan mengkaji semula hubungan dalam Perikatan Nasional (PN).
10. Kerajaan cadang tubuh jawatankuasa khas tangani jenayah penipuan dalam talian - Fahmi
Kerajaan bercadang menubuhkan satu jawatankuasa khas bertujuan memperkukuh kerjasama antara agensi bagi menangani jenayah penipuan dalam talian di Malaysia.