Skip to main content

Malaysia

Banjir di Melaka semakin pulih, 47 mangsa masih berlindung di dua PPS

81761925020_PPSNadmaBanjir.jpg
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarajat (JKM) melaporkan, kesemua mangsa terbabit ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di daerah Alor Gajah dan Jasin. - Gambar fail

MELAKA: Bencana banjir yang melanda Melaka pada Sabtu lepas menunjukkan situasi semakin pulih apabila hanya 47 mangsa daripada 12 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu setakat 8 pagi ini, berbanding 800 mangsa daripada 266 keluarga pada 5 petang semalam.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarajat (JKM) melaporkan, kesemua mangsa terbabit ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di daerah Alor Gajah dan Jasin.

Berdasarkan maklumat portal berkenaan, empat PPS di daerah Melaka Tengah telah ditutup dan kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, semalam.

Di daerah Alor Gajah, lima mangsa sekeluarga masih ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Jeram manakala di Jasin, sebanyak 42 mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tehel.

Mangsa terlibat terdiri daripada 40 dewasa, kanak-kanak (lima orang) dan bayi (dua orang).

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement