Skip to main content

Malaysia

Allahyarham Azlan Idris penerima anugerah khas HAWANA 2026

[TB]_HAWANA_BERNAMA
Anugerah disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isteri Allahyarham, Wan Syahrina Wan Abdul Rahman. - Gambar/ Bernama

BUTTERWORTH: Bekas Ketua Bernama Radio Allahyarham Azlan Idris diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 pada majlis kemuncak sambutan hari ini.

Anugerah disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isteri Allahyarham, Wan Syahrina Wan Abdul Rahman dan disaksikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai. 

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Bernama merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja HAWANA 2026 Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin serta barisan pengurusan tertinggi syarikat media tempatan.

Azlan, 57, yang meninggal dunia pada 15 Jan, antara tonggak utama kecemerlangan Bernama Radio sejak penubuhannya pada 2007 serta pernah mencurah bakti dalam industri penyiaran tanah air di TV3, NTV7 dan Channel 9.

Allahyarham juga memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran penganjuran empat edisi sambutan HAWANA menerusi komitmen dan dedikasi yang tinggi sejak dilantik sebagai Ketua Jawatankuasa Majlis Kemuncak HAWANA bermula 2022.

 

Must Watch Video

Advertisement