Skip to main content

Dunia

Zelenskyy pecat Panglima Tertinggi Tentera Ukraine selepas gelombang bantahan

Colonel general Oleksandr Syrskyi, Commander of the Ukrainian Ground Forces, attends an interview with Reuters, amid Russia's attack on Ukraine, in Kharkiv region, Ukraine January 12, 2024. REUTERS/Valentyn Ogirenko Purchase Licensing Rights
Oleksandr Syrskyi dipecat hanya beberapa hari selepas penyingkiran Menteri Pertahanan, Mykhailo Fedorov yang mencetuskan bantahan jalanan di seluruh negara. - Foto REUTERS

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy memecat Panglima Tertinggi Angkatan Tentera negara itu, Oleksandr Syrskyi hanya beberapa hari selepas penyingkiran Menteri Pertahanan, Mykhailo Fedorov yang mencetuskan bantahan jalanan di seluruh negara.

Syrskyi digantikan oleh Mykhailo Drapatyi, sekali gus mengesahkan spekulasi bahawa penamatan khidmat Fedorov mempunyai kaitan dengan konflik antara kedua-dua tokoh berkenaan.

Fedorov, 35, sebelum ini menerima pujian meluas atas usahanya menyuntik pembaharuan dalam Kementerian Pertahanan, memodenkan angkatan bersenjata serta menerajui kempen memerangi rasuah.

Sebaliknya, Syrskyi, 60, sering dilihat oleh ramai pihak di Ukraine sebagai komander yang berpegang kepada pendekatan ketenteraan era Soviet dan kurang cenderung melaksanakan perubahan drastik dalam struktur serta operasi tentera.

Dalam hantaran di media sosial lewat Selasa, Zelenskyy menzahirkan penghargaan kepada Syrskyi atas peranannya mempertahankan ibu negara Kyiv pada peringkat awal pencerobohan besar-besaran Rusia pada 2022, selain sumbangannya dalam beberapa kempen ketenteraan lain.

Drapatyi yang sebelum ini mengetuai Pasukan Bersama Ukraine, dikenali sebagai seorang jeneral berpengalaman dan memiliki rekod pertempuran yang luas.

“Semua keputusan akan dimuktamadkan secara rasmi esok,” tulis Zelenskyy. 

 

 

Must Watch Video

Advertisement