Skip to main content

Dunia

Washington keluar amaran perjalanan susulan ketegangan di Asia Barat

AMERICANS MIDDLE EAST ALERT
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di platform X pada Jumaat, jabatan berkenaan berkata persekitaran keselamatan di Asia Barat kekal kompleks dengan risiko peningkatan konflik yang tidak dijangka. -Foto X

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menggesa rakyatnya supaya meningkatkan tahap kewaspadaan di seluruh Asia Barat berikutan ketegangan serantau yang semakin memuncak.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di platform X pada Jumaat, jabatan berkenaan berkata persekitaran keselamatan di Asia Barat kekal kompleks dengan risiko peningkatan konflik yang tidak dijangka.

 

 

Susulan perkembangan itu, Washington menggesa rakyatnya menilai semula sebarang rancangan perjalanan ke Asia Barat atau melalui ruang udara rantau tersebut.

Jabatan berkenaan turut mengingatkan rakyat Amerika yang berada di Asia Barat supaya terus mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini.

Selain itu, mereka yang mempunyai urusan perjalanan di kawasan berkenaan dinasihatkan menyemak status penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing bagi mengelak sebarang gangguan atau pembatalan perjalanan.

Amaran itu dikeluarkan susulan konflik ketenteraan yang semakin meruncing di Asia Barat sejak beberapa hari lalu, yang turut menjejaskan kestabilan laluan maritim serta ruang udara komersial antarabangsa.

 

Must Watch Video

Advertisement