Skip to main content

Dunia

Trump tandatangan pengisytiharan selaras tarif keluli, aluminium, tembaga

U.S. President Donald Trump speaks during an event to mark Military Mother's Day, in the East Room at the White House in Washington, D.C., U.S., May 6, 2026. REUTERS/Kylie Cooper
Pengisytiharan itu melaraskan tarif ke atas peralatan pertanian seperti jentera tuai dan penuai, serta beberapa peralatan lain, daripada 25 peratus kepada 15 peratus. -Gambar fail/Reuters

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin menandatangani pengisytiharan bagi melaraskan tarif ke atas import keluli, aluminium dan tembaga, menurut Rumah Putih dalam satu kenyataan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Pengisytiharan itu melaraskan tarif ke atas peralatan pertanian seperti jentera tuai dan penuai, serta beberapa peralatan lain, daripada 25 peratus kepada 15 peratus,” menurut kenyataan itu.

Ia turut “memperluas kategori sedia ada bagi peralatan industri yang tertakluk kepada tarif 15 peratus untuk merangkumi peralatan industri mudah alih seperti jentolak dan foklift, apabila diimport dari negara yang mempunyai perjanjian perdagangan serta layak menerima layanan sedemikian.”

Arahan itu juga menggalakkan syarikat asing menggunakan lebih banyak keluli dan aluminium AS dengan membolehkan mereka layak dikenakan kadar duti 10 peratus sekiranya peralatan modal mereka mengandungi sekurang-kurangnya 85 peratus keluli atau aluminium AS yang dilebur dan dituang, atau dilebur dan dituang mengikut berat.”

Perubahan tarif itu bersifat sementara dan akan berkuat kuasa sehingga 31 Dis 2027, “bagi menggalakkan pelaburan jangka pendek yang akan membina semula asas perindustrian negara,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement