Skip to main content

Dunia

Trump dakwa lulus lagi ujian kognitif, tunjuk keputusan "sangat cemerlang"

U.S. President Donald Trump gestures during a roundtable focused on tax cuts in Las Vegas, Nevada, U.S., April 16, 2026. REUTERS/Evan Vucci
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan pada Ahad bahawa beliau telah menjalani peperiksaan kognitif tanpa sebarang kesilapan buat kali keempat dan mencatatkan "keputusan yang sangat cemerlang." - Gambar fail/REUTERS

MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan pada Ahad bahawa beliau telah menjalani peperiksaan kognitif tanpa sebarang kesilapan buat kali keempat dan mencatatkan "keputusan yang sangat cemerlang."

"Keputusan Pemeriksaan Fizikal saya yang dijalankan di Pusat Perubatan Tentera Walter Reed dan baru sahaja dikeluarkan, adalah sangat baik.

"Tidak seperti Presiden AS yang lain, yang mana tiada seorang pun daripada mereka pernah menduduki Ujian Kognitif tahap kesukaran tinggi yang diluluskan, saya memperoleh markah sempurna 30 daripada 30, yang dianggap sebagai 'kecerdasan luar biasa.' Adakah Demokrat benar-benar terkejut? Malah, ini adalah ujian keempat saya yang seumpamanya, semuanya SEMPURNA atau 120 jawapan betul daripada 120 soalan yang ditanya!" tulis Trump di platform Truth Social.

Beliau seterusnya menggesa agar ujian kognitif peringkat lanjutan diwajibkan bagi semua calon presiden dan naib presiden AS, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Trump sebelum ini sering kali terpaksa menafikan khabar angin mengenai tahap kesihatannya. Pemimpin Amerika itu menegaskan beliau mempunyai kecergasan fizikal dan mental yang luar biasa, serta mendakwa beliau bekerja lebih keras dan lebih lama berbanding mana-mana presiden dalam sejarah AS.

--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement