Skip to main content

Dunia

Serangan Israel ragut nyawa tiga warga Gaza dalam tempoh 24 jam, angka kematian hampiri 73,000

Palestinians inspect the site of an Israeli strike on a house whose residents were warned to evacuate before the attack, near a tent camp sheltering displaced people that was damaged in the strike, in Khan Younis in the southern Gaza Strip June 7, 2026. REUTERS/Ramadan Abed REFILE - QUALITY REPEAT TPX IMAGES OF THE DAY
Tiga lagi rakyat Palestin maut susulan serangan Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, sekali gus meningkatkan angka kematian sejak Oktober 2023 kepada 72,991 orang. - Gambar fail/REUTERS

ISTANBUL: Tiga lagi rakyat Palestin maut susulan serangan Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, sekali gus meningkatkan angka kematian sejak Oktober 2023 kepada 72,991 orang, lapor Anadolu Ajansi memetik Kementerian Kesihatan Gaza pada Rabu.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa lima individu lain turut cedera akibat bedilan tentera Israel.

Kemalangan jiwa terbaharu itu berlaku ketika tentera Israel meneruskan serangan harian mereka meskipun perjanjian gencatan senjata telah dikuatkuasakan sejak Oktober 2025.

Menurut kementerian berkenaan, pelanggaran gencatan senjata sejak tempoh itu telah mengorbankan 981 orang dan mencederakan 3,104 yang lain.

Perjanjian gencatan senjata itu dicapai selepas perang genosid oleh Israel selama dua tahun, yang turut memusnahkan kira-kira 90 peratus infrastruktur awam di wilayah berkenaan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement