Skip to main content

Dunia

OIC kecam rang undang-undang Israel perluas rampasan hasil cukai Palestin

Palestinians wave their national flag in a rally ahead of the 78th anniversary of what they call the "Nakba," or "catastrophe", in the West Bank city of Nablus Monday, May 11, 2026. The Arabic writing reads "We will not leave; our roots are deeper than your destruction". (AP Photo/Majdi Mohammad)
OIC memberi amaran mengenai kesan serius langkah yang disifatkan sebagai tidak sah itu kerana ia mencabuli hak rakyat Palestin serta sumber kewangan mereka. - Gambar fail/AP

RAMALLAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam kelulusan rang undang-undang oleh Parlimen Israel yang memperluaskan mekanisme rampasan hasil cukai Palestin, sambil menegaskan yang tindakan itu merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan perjanjian dua hala yang dimeterai.

Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), OIC memberi amaran mengenai kesan serius langkah yang disifatkan sebagai tidak sah itu kerana ia mencabuli hak rakyat Palestin serta sumber kewangan mereka, selain memburukkan lagi keadaan kemanusiaan dan ekonomi yang semakin merosot di wilayah Palestin yang diduduki.

OIC turut mengulangi gesaannya kepada masyarakat antarabangsa agar memikul tanggungjawab dengan memberi tekanan kepada Israel agar menghentikan apa yang disifatkannya sebagai rampasan hasil pendapatan Palestin secara terang-terangan.

Pertubuhan itu juga menuntut agar semua dana cukai Palestin yang ditahan dikeluarkan serta-merta dan tanpa syarat.

-- BERNAMA-WAFA

Must Watch Video

Advertisement