Skip to main content

Dunia

Serangan dron Israel ragut empat nyawa di selatan Lubnan biarpun ada perjanjian rangka kerja

Smoke rises in Lebanon as seen from the Israeli side of the Israel-Lebanon border, in northern Israel, July 5, 2026. REUTERS
Empat orang, termasuk tiga wanita, terkorban dalam serangan dron Israel di selatan Lubnan pada Isnin, di sebalik perjanjian rangka kerja yang diusahakan oleh Amerika Syarikat (AS). - Gambar fail/REUTERS

ISTANBUL: Empat orang, termasuk tiga wanita, terkorban dalam serangan dron Israel di selatan Lubnan pada Isnin, di sebalik perjanjian rangka kerja yang diusahakan oleh Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media Lubnan.

Dron berkenaan melepaskan satu peluru berpandu ke arah sebuah kereta yang sedang bergerak berhampiran sebuah institut latihan guru di Bandar Nabatieh al-Fawqa, mengorbankan empat individu, lapor agensi berita rasmi NNA.

Israel terus melancarkan serangan hampir setiap hari di Lubnan walaupun perjanjian rangka kerja tajaan AS telah ditandatangani pada 26 Jun lepas antara Lubnan dan Israel, yang memperuntukkan pengunduran tentera Israel secara berperingkat dari seluruh wilayah Lubnan, bermula dengan dua zon perintis yang tidak dinyatakan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement