Skip to main content

Dunia

Rundingan AS-Iran: Pakistan, Mesir bincang perkembangan serantau

Reuters
Menerusi telefon, Ishaq Dar (kiri) dan rakan sejawatannya dari Mesir Badr Abdelatty membincangkan perkembahan ke arah potensi persefahaman antara Washington dan Tehran. - Reuters

KARACHI: Diplomat tertinggi Pakistan dan Mesir berhubung buat kali kedua dalam tempoh 24 jam ketika mereka membincangkan perkembangan serantau menjelang kemungkinan perjanjian Amerika Syarikat (AS)-Iran, menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menerusi telefon, Ishaq Dar dan rakan sejawatannya dari Mesir Badr Abdelatty membincangkan perkembahan ke arah potensi persefahaman antara Washington dan Tehran.

"Mereka menyatakan harapan perkembangan positif ini akan menyumbang kepada keamanan, keselamatan dan kestabilan yang berkekalan di seluruh rantau ini," tambah kenyataan itu.

Pakistan, yang menjadi pengantara gencatan senjata dalam perang AS-Israel ke atas Iran pada April, meneruskan rundingan dengan pihak berkepentingan utama serantau dan antarabangsa untuk menamatkan konflik yang melanda seluruh Asia Barat secara kekal.

Presiden AS Donald Trump berkata pada Sabtu, perjanjian dengan Iran dijadualkan ditandatangani pada Ahad dan Selat Hormuz akan "terbuka kepada semua."

Bagaimanapun menurut Iran, pemeteraian memorandum persefahaman dengan AS tidak akan berlangsung pada Ahad tetapi mungkin berlaku dalam beberapa hari akan datang.

Rantau itu bergolak sejak AS dan Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran pada akhir Februari, mencetuskan tindakan balas Iran terhadap Israel dan negara serantau lain yang menempatkan aset AS, berserta penutupan Selat Hormuz, salah satu laluan tenaga utama dunia.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement