Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, menyampaikan penghargaan kepada Keir Starmer susulan pengumuman peletakan jawatannya sebagai pemimpin Parti Buruh.
Albanese berkata Starmer wajar berbangga dengan sumbangan besar yang diberikan kepada Britain dan parti itu sepanjang tempoh kepimpinannya, selain menggambarkan beliau sebagai seorang sahabat.
Beliau berkata dunia politik merupakan medan yang mencabar dan Starmer telah memainkan peranan penting dalam membawa Parti Buruh kembali membentuk kerajaan pada 2024.
“Apabila tiba masanya untuk Keir meninggalkan Downing Street, beliau boleh berbangga dengan sumbangan yang telah dilakukannya terhadap negara dan juga Parti Buruh,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.
I consider @Keir_Starmer a friend and I'm thinking of him on what must be a very tough day.
Serving in public life is a tremendous privilege but politics can also be a harsh business.
When the time comes for Keir to leave Downing Street, he can be proud of the contribution he…— Anthony Albanese (@AlboMP) June 22, 2026
Albanese turut merakamkan penghargaan atas kerjasama sepanjang Starmer berkhidmat, termasuk dalam memperkukuh pakatan pertahanan AUKUS, menyokong Ukraine serta usaha melindungi kanak-kanak daripada kesan media sosial.
Starmer pada Isnin mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh. Beliau akan kekal menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sehingga penggantinya dipilih.