SINGAPURA: Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Singapura, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, meletakkan jawatan daripada jawatan menteri dan politiknya berkuat kuasa Isnin.
Perdana Menteri Lawrence Wong berkata dalam satu kenyataan bahawa peletakan jawatan Muhammad Faishal adalah atas alasan peribadi.
Muhammad Faishal juga berkhidmat sebagai Menteri Negara Kanan di Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Ahli Parlimen (AP) bagi Marine Parade-Braddell Heights serta anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP).
Wong berkata Menteri Negara Kanan Zaqy Mohamad akan dilantik sebagai Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.
-- BERNAMA