Skip to main content

Dunia

Parlimen Ukraine lulus peletakan jawatan Perdana Menteri

FILE PHOTO: Newly appointed Ukrainian Prime Minister Yulia Svyrydenko attends a session of Ukrainian parliament, amid Russia's attack on Ukraine, in Kyiv, Ukraine July 17, 2025. REUTERS/Andrii Nesterenko/File Photo
Svyrydenko menyandang jawatan Perdana Menteri Ukraine pada Julai 2025. - Foto REUTERS

KYIV: Parlimen Ukraine pada Selasa meluluskan peletakan jawatan Perdana Menteri, Yulia Svyrydenko, menurut perkhidmatan akhbar parlimen itu, lapor Xinhua.

Usul berkenaan diluluskan selepas menerima sokongan 258 anggota parlimen, melepasi majoriti minimum 226 undi yang diperlukan.

Svyrydenko mengumumkan peletakan jawatannya pada Ahad selepas Presiden Volodymyr Zelensky memaklumkan bahawa rombakan Kabinet akan dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha melaksanakan strategi politik baharu negara itu.

Svyrydenko menyandang jawatan Perdana Menteri pada Julai 2025.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement