Skip to main content

Dunia

Menteri Luar ASEAN luah kebimbangan terhadap pertempuran baharu AS-Iran

Philippine Foreign Secretary Theresa Lazaro delivers a speech during the opening ceremony of the ASEAN Foreign Ministers' Meeting at the Philippine International Convention Center on Tuesday July 21, 2026 in Pasay city, Philippines. Aaron Favila/Pool via REUTERS
Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan siri mesyuarat bersama rakan dialog, termasuk Rusia, China, AS, Jepun, India, Korea Selatan dan lain-lain, berlangsung di Manila dari 21 hingga 25 Julai. - Foto REUTERS

MOSCOW: Menteri-menteri luar ASEAN menyuarakan kebimbangan serius terhadap pertempuran yang kembali tercetus di Asia Barat, sambil menyatakan perkembangan itu mengurangkan prospek penyelesaian secara aman menerusi dialog dan diplomasi, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Kami menyuarakan kebimbangan serius terhadap situasi yang berkembang dengan pantas di Asia Barat, khususnya pertempuran baharu yang melibatkan Amerika Syarikat (AS) dan Republik Islam Iran," menurut kenyataan itu.

Menteri-menteri luar itu turut menyuarakan kebimbangan mendalam bahawa konflik yang kembali tercetus itu menjejaskan secara serius usaha pihak-pihak utama yang bertindak sebagai pengantara serta "mengurangkan prospek penyelesaian secara aman menerusi dialog dan diplomasi."

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan siri mesyuarat bersama rakan dialog, termasuk Rusia, China, AS, Jepun, India, Korea Selatan dan lain-lain, berlangsung di Manila dari 21 hingga 25 Julai.

Semua acara itu diadakan sempena Filipina memegang Pengerusi ASEAN bagi 2026.

Kepengerusian itu akan mencapai kemuncaknya pada Sidang Kemuncak ASEAN pada November, apabila para pemimpin dijangka meluluskan keputusan yang disediakan oleh menteri-menteri luar.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement