Skip to main content

Dunia

Marco Rubio hadiri siri mesyuarat ASEAN di Filipina minggu depan

U.S. Secretary of State Marco Rubio attends a bilateral meeting between U.S. President Donald Trump and the Emir of Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, on the sidelines of the G7 summit, in Evian-les-Bains, France, June 16, 2026. REUTERS/Evelyn Hockstein
Marco Rubio akan mengadakan lawatan ke Filipina minggu depan bagi menghadiri siri mesyuarat ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur. - Gambar fail Reuters

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio akan mengadakan lawatan ke Filipina minggu depan bagi menghadiri siri mesyuarat ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur, menurut Jabatan Negara AS pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Setiausaha Negara Marco Rubio akan mengadakan lawatan ke Manila, Filipina dari 19 hingga 23 Julai bagi menghadiri Pasca Persidangan Menteri-Menteri ASEAN, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur dan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Forum Serantau ASEAN," kata Jurucakap Jabatan Negara AS Tommy Pigott dalam satu kenyataan.

Sepanjang lawatan itu, Rubio dijadual mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan kerajaan dari negara Indo-Pasifik yang menghadiri mesyuarat berkenaan, kata Pigott sambil menjelaskan bahawa Rubio akan berusaha memajukan keutamaan Washington bagi memastikan rantau Indo-Pasifik kekal bebas dan terbuka.

"Setiausaha Rubio akan menggunakan lawatan ini untuk menunjukkan hasil nyata kerjasama AS-ASEAN serta memperkukuh lagi perkongsian komprehensif Amerika Syarikat dengan Filipina," menurut kenyataan itu.

Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, turut dijadual mengadakan lawatan ke Manila dari 21 hingga 23 Julai bagi menghadiri siri mesyuarat yang sama.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement