Skip to main content

Dunia

Lima negara dipilih sebagai anggota tidak tetap UNSC

61698293798_UNSC.jpg
Anggota yang baharu dipilih itu akan menggantikan anggota tidak tetap yang bakal tamat tempoh perkhidmatan -- Denmark, Greece, Pakistan, Panama dan Somalia -- dan menduduki kerusi masing-masing pada 1 Jan 2027 serta berkhidmat sehingga 31 Dis 2028. -Gambar fail

NEW YORK: Austria, Kyrgyzstan, Portugal, Trinidad dan Tobago serta Zimbabwe dipilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Rabu bagi tempoh dua tahun, lapor Xinhua.

Pemilihan itu menandakan kali pertama Kyrgyzstan akan menjadi anggota Majlis Keselamatan PBB.

Anggota yang baharu dipilih itu akan menggantikan anggota tidak tetap yang bakal tamat tempoh perkhidmatan -- Denmark, Greece, Pakistan, Panama dan Somalia -- dan menduduki kerusi masing-masing pada 1 Jan 2027 serta berkhidmat sehingga 31 Dis 2028.

Lima negara yang baharu dipilih itu mewakili kumpulan Afrika, Asia-Pasifik, Amerika Latin dan Caribbean serta Eropah Barat dan Lain-lain.

Kumpulan Eropah Timur tidak bertanding tahun ini kerana kerusinya, yang kini disandang Latvia sehingga 2027, dipertandingkan setiap dua tahun.

Majlis Keselamatan PBB mempunyai 15 anggota, dengan lima daripadanya merupakan anggota tetap: Britain, China, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat (AS).

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement