Skip to main content

Dunia

Letupan gegar selatan Iran ketika AS lancar gelombang baharu serangan

A screengrab from an Iranian state TV video says to show an Iranian missile flying through the air at an unknown location, in this screengrab obtained by Reuters on July 8, 2026. Iranian State TV/Handout via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY. ISRAEL OUT. NO COMMERCIAL OR EDITORIAL SALES IN ISRAEL. NO ACCESS FOR ISRAELI MEDIA. NO USE BBC PERSIAN. NO USE VOA PERSIAN. NO USE MANOTO. NO USE IRAN INTERNATIONAL. NO USE RADIO FARDA. DIGITAL: NO USE BBC PERSIAN. NO USE VOA PERSI
Beberapa letupan dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di selatan Iran pada malam Jumaat ketika tentera Amerika Syarikat melancarkan gelombang baharu serangan bagi malam ketujuh berturut-turut. - Gambar fail Reuters

ISTANBUL: Beberapa letupan dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di selatan Iran pada malam Jumaat ketika tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan gelombang baharu serangan bagi malam ketujuh berturut-turut, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media Iran.

Agensi berita Mehr melaporkan, letupan kedengaran di wilayah selatan Bushehr, selain di Pulau Qeshm dan Sirik.

Menurut Mehr, setakat ini tiada butiran rasmi dikeluarkan mengenai lokasi sebenar yang menjadi sasaran, sasaran serangan atau tahap kerosakan yang berlaku.

Penyiar negara Iran, IRIB melaporkan, tiga letupan kedengaran di Bamani, Daerah Sirik di wilayah Hormozgan.

Agensi Berita Tasnim kemudian melaporkan, tentera AS menyerang kawasan berhampiran Sirik pada 11.27 malam waktu tempatan.

Pesawat pejuang AS meneruskan serangan ke atas beberapa laluan pengangkutan di wilayah Hormozgan serta menyerang dua jambatan di wilayah itu.

Laluan Bandar Abbas-Hajiabad turut ditutup "sehingga dimaklumkan kelak" selepas serangan AS menyasarkan Terowong Shahid Mirzai, menurut laporan itu.

Laporan itu turut menyatakan Jambatan Shor di laluan Bandar Abbas-Hajiabad, serta sebuah lagi jambatan selepas persimpangan Sarzeh turut menjadi sasaran tentera AS.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement