Skip to main content
Advertisement

Dunia

Konflik Asia Barat: Trump komited kepada gencatan senjata penuh, kata Vance

U.S. Vice President JD Vance meets with Pakistan's Prime Minister Shehbaz Sharif (not pictured) for high-level talks aimed at advancing a deal to end the Middle East conflict, at the Buergenstock Resort Lake Lucerne, near Stansstad, Switzerland, June 21, 2026. REUTERS/Nathan Howard/Pool
Kenyataan itu dibuat Naib Presiden Amerika Syarikat JD Vance dalam satu sidang media ketika menghadiri rundingan peringkat tinggi dengan Iran di Switzerland yang berlangsung hari ini (21 Jun). - Reuters

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump komited untuk mencapai gencatan senjata yang penuh di rantau Asia Barat, dakwa Naib Presiden AS, JD Vance.

Lapor Al Jazeera, kenyataan itu dibuat Vance dalam satu sidang media ketika menghadiri rundingan peringkat tinggi dengan Iran di Switzerland yang berlangsung hari ini, Vance berkata terdapat kemajuan besar dalam beberapa hari kebelakangan ini bagi memastikan gencatan senjata di Lubnan kekal.

Beliau menyifatkan gencatan senjata sebagai sesuatu yang “sedikit rumit”, sambil menambah bahawa rundingan teknikal mungkin tidak akan menyelesaikan setiap perbezaan, namun akan membolehkan kedua-dua pihak duduk bersama sebagai pasukan buat kali pertama dalam sejarah.

Vance berkata, Amerika Syarikat dan Iran kini melihat masa depan untuk bekerjasama dalam usaha mempromosikan keamanan dan kemakmuran, walaupun beliau turut menyifatkan Iran sebagai  “pemacu ketidakstabilan serantau”.

Beliau menambah bahawa terdapat kemajuan “besar” dalam beberapa jam terakhir, dan kedua-dua negara kini melihat masa depan di mana semua pihak boleh bekerjasama untuk mempromosikan keamanan dan kemakmuran.

Menurutnya, Trump telah meminta pihaknya untuk “memulakan lembaran baharu” dalam usaha mengubah hubungan dengan rakyat Iran.

Dalam pada itu, Vance berkata Presiden Trump telah membuka ruang kepada penyelesaian diplomatik di Asia Barat dengan memberi kuasa untuk mencari penyelesaian terhadap pelbagai isu.

Beliau turut menambah bahawa persoalan utama ialah sama ada hubungan di Asia Barat boleh diubah secara kekal.

Ia merupakan pertemuan rasmi pertama antara kedua-dua pihak yang berkonflik sejak Memorandum Persefahaman (MoU) Islamabad ditandatangani pada Rabu (17 Jun).

Rundingan itu turut disertai Pakistan dan Qatar.

Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif  bersama Panglima Tentera Pakistan, Fil Marsyal Asim Munir akan mewakili Pakistan dalam rundingan mengenai pelaksanaan MoU itu.



 

Must Watch Video

Advertisement