Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Trump dakwa tidak perlu bantuan China untuk tamatkan perang dengan Iran

U.S. President Donald Trump waves as he boards Air Force One for a trip to China, at Joint Base Andrews, Maryland, U.S., May 12, 2026. REUTERS/Evan Vucci
Presiden Donald Trump melambai ketika menaiki pesawat Air Force One bagi lawatan ke China, di Pangkalan Bersama Andrews, Maryland, Amerika Syarikat, pada 12 Mei 2026. - Gambar Reuters

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa berkata, beliau akan mengadakan perbincangan panjang dengan Presiden China, Xi Jinping mengenai perang di Iran ketika lawatan beliau ke negara itu, namun menegaskan tidak memerlukan bantuan Beijing dalam menangani isu berkenaan.

โ€œSaya tidak fikir kita memerlukan sebarang bantuan berkaitan Iran. Kita akan memenanginya dengan apa jua cara, sama ada secara aman atau sebaliknya,โ€ katanya kepada pemberita ketika berlepas dari White House untuk lawatan rasmi ke China.

Pemimpin dua ekonomi terbesar dunia itu dijadual mengadakan pertemuan bersemuka pertama mereka dalam tempoh lebih enam bulan, ketika kedua-dua negara berusaha menstabilkan hubungan yang terjejas akibat isu perdagangan, perang Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran, serta beberapa lagi perbezaan pendapat.

Trump ke China ketika konflik di Iran masih belum menemui penyelesaian, dengan rundingan diplomatik bagi menamatkan perang itu dilaporkan berada dalam kebuntuan. 

Beijing pada masa sama mengekalkan hubungan rapat dengan Tehran dan merupakan antara pengguna utama eksport minyak Iran.

Sebelum ini, Trump dilaporkan memberi tekanan kepada China supaya menggunakan pengaruhnya bagi mendesak Iran mencapai perjanjian dengan Washington serta menamatkan konflik yang tercetus selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada akhir Februari lalu.

Presiden dari Parti Republikan itu dijadual tiba di Beijing pada Rabu, menjelang siri perbincangan yang akan diadakan pada Khamis dan Jumaat. 

Lawatan tersebut merupakan lawatan pertamanya ke China sejak 2017.

Dalam kenyataan berasingan kepada pemberita, Trump berkata: โ€œBanyak perkara yang perlu dibincangkan. Tetapi secara jujurnya, saya tidak akan mengatakan Iran adalah salah satu daripadanya, kerana kami mempunyai kawalan penuh terhadap Iran.โ€ - Agensi

Must Watch Video