Skip to main content

Dunia

Ketua NATO sifatkan serangan baharu AS ke atas Iran amat perlu

51719397785_MarkRutte.jpg
Rutte (foto) berkata tindakan Washington itu wajar susulan dakwaan bahawa Tehran melanggar perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui sebelum ini. -Gambar fail

ANKARA: Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte mempertahankan serangan ketenteraan terbaharu Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran dengan menyifatkannya sebagai langkah yang amat perlu.

Beliau berkata tindakan Washington itu wajar susulan dakwaan bahawa Tehran melanggar perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui sebelum ini, lapor Al Jazeera.

"Sekiranya terdapat perjanjian gencatan senjata dan Iran pada asasnya melanggar perjanjian itu, saya fikir amat penting untuk AS bertindak balas secara tegas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Rabu menjelang Sidang Kemuncak NATO di Ankara.

Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan di Asia Barat terus meningkat susulan serangan baharu AS ke atas sasaran di Iran, yang menurut Washington merupakan tindak balas terhadap serangan ke atas kapal-kapal komersial di Selat Hormuz.

Sebelum ini, beberapa negara dan sekutu antarabangsa turut menyuarakan kebimbangan terhadap risiko konflik yang lebih meluas sekiranya usaha diplomatik gagal meredakan ketegangan di rantau berkenaan.

 

Must Watch Video

Advertisement