Skip to main content

Dunia

Kehamilan kembar meningkat di Jepun susulan perlindungan insurans

61721898960_GenericBaby.jpg
Sistem insurans awam Jepun melindungi pemindahan embrio sehingga enam kali untuk wanita yang berumur di bawah 40 tahun ketika mereka memulakan rawatan kesuburan dan sehingga tiga kali untuk mereka yang berumur 40 hingga 42 tahun. - Gambar hiasan

TOKYO: Kehamilan kembar hasil teknologi reproduktif dibantu di Jepun mencapai rekod 4,354 kes pada 2023, setahun selepas rawatan itu layak mendapat perlindungan insurans kesihatan awam, lapor Kyodo News.

Angka itu meningkat 36 peratus daripada 2022, dengan penyelidik mengatakan kenaikan itu mungkin mencerminkan peningkatan dalam pesakit yang memilih untuk memindahkan beberapa embrio dengan harapan dapat menyelesaikan rawatan dalam bilangan kitaran terhad yang dilindungi insurans.

Kehamilan kembar, seperti kembar dua dan kembar tiga, membawa risiko lebih tinggi untuk wanita hamil.

Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Jepun pada dasarnya mengesyorkan hanya satu embrio dipindahkan pada satu-satu masa.

Sistem insurans awam Jepun melindungi pemindahan embrio sehingga enam kali untuk wanita yang berumur di bawah 40 tahun ketika mereka memulakan rawatan kesuburan dan sehingga tiga kali untuk mereka yang berumur 40 hingga 42 tahun.

"Sistem insurans perlu dikaji semula dengan mengambil kira potensi beban kehamilan berisiko tinggi terhadap penjagaan peranakan," kata Ayumu Ito, pensyarah di Universiti Toho, yang terlibat dalam kajian itu.

-- BERNAMA-KYODO

 

 

Must Watch Video

Advertisement