Skip to main content

Dunia

Jepun salur bantuan kecemasan AS$15 juta kepada Iran, Lubnan dan Tebing Barat

61757317520_tbToshimitsuMotegi.jpg
Menurut Toshimitsu Motegi, keamanan dan kestabilan di Asia Barat amat penting kepada Jepun. - Gambar fail

TOKYO: Jepun memutuskan untuk menyalurkan bantuan geran kecemasan berjumlah AS$15 juta bagi memenuhi keperluan kemanusiaan yang mendesak di rantau Asia Barat, dengan kira-kira AS$10 juta diperuntukkan kepada Iran yang terjejas akibat peperangan, kata Menteri Luar Toshimitsu Motegi pada Jumaat, lapor Kyodo News.

Bantuan yang akan disalurkan menerusi organisasi antarabangsa itu turut merangkumi kira-kira AS$4 juta untuk Lubnan dan AS$1 juta untuk rakyat Palestin di Tebing Barat. 

Bantuan berkenaan meliputi bekalan makanan, perubatan serta keperluan kemanusiaan lain.

"Keamanan dan kestabilan di Asia Barat amat penting kepada Jepun," kata Motegi dalam sidang media sambil berkata rantau itu masih berdepan cabaran kemanusiaan yang besar.

Beliau berkata Jepun akan terus bekerjasama rapat dengan negara berkaitan serta organisasi antarabangsa bagi membantu memperbaiki keadaan kemanusiaan dan menyumbang kepada keamanan serta kestabilan di rantau itu.

-- BERNAMA-KYODO

 

Must Watch Video

Advertisement