Skip to main content

Dunia

Iran umum pembukaan semula Lapangan Terbang Shahid Madani

 Tabriz International Airport
Lapangan Terbang Tabriz yang diserang semasa perang baru-baru ini, kini kembali beroperasi hasil usaha pakar Iran dan akan dibuka semula pada Rabu.

ISTANBUL: Lapangan Terbang Antarabangsa Tabriz  di barat laut Iran dibuka semula pada hari ini, menurut jurucakap Pertubuhan Penerbangan Awam negara itu, lapor Anadolu Ajansi.

“Lapangan Terbang Tabriz yang diserang semasa perang baru-baru ini, kini kembali beroperasi hasil usaha pakar Iran dan akan dibuka semula pada Rabu,” menurut penyiar awam Iran, IRIB yang memetik kenyataan pegawai berkenaan.

Lapangan terbang yang turut dikenali sebagai Lapangan Terbang Shahid Madani itu bakal menyertai beberapa terminal lain yang kembali beroperasi selepas mengalami gangguan susulan konflik melibatkan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Awal minggu ini, agensi berita Fars yang turut memetik pertubuhan itu melaporkan jumlah lapangan terbang yang dibuka semula telah meningkat kepada 20.

Ketegangan serantau meningkat sejak AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada Februari. 

Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan ke atas Israel dan sekutu AS di Teluk, selain menutup Selat Hormuz.

Gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April menerusi pengantaraan Pakistan sebelum dilanjutkan tanpa had oleh Presiden AS Donald Trump.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement