Skip to main content

Dunia

Iran tegaskan hanya Tehran, Oman berhak kawal Selat Hormuz

Kazem Gharibabadi
Gharibabadi (foto) gesa Oman agar tidak tunduk kepada tekanan mana-mana pihak berhubung isu keselamatan di selat berkenaan. -Gambar fail/X

TEHRAN: Iran menegaskan bahawa hanya Tehran dan Oman mempunyai hak untuk melaksanakan kedaulatan di Selat Hormuz.

Timbalan Menteri Luar Iran Kazem Gharibabadi berkata perkara itu dinyatakan susulan perkembangan keselamatan di laluan maritim strategik tersebut.

Menurut laporan media tempatan, beliau memaklumkan Iran telah melaksanakan langkah baharu bagi mengawal lalu lintas kapal dengan koordinasi bersama pihak Oman.

Gharibabadi turut menggesa Oman agar tidak tunduk kepada tekanan mana-mana pihak berhubung isu keselamatan di selat berkenaan.

Kenyataan tersebut dibuat susulan ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) berkait situasi keselamatan maritim di kawasan itu.

Perkembangan terbaharu itu berlaku ketika kedua-dua negara dilaporkan masih berunding berhubung draf memorandum persefahaman (MoU) bagi meredakan ketegangan.

 

Must Watch Video

Advertisement