TEHRAN: Kerajaan Iran mendakwa tentera Amerika Syarikat (AS) menguji sistem senjata baharu ke atas orang awam pada hari pertama konflik antara AS dan Israel dengan negara itu pada Februari lalu.
Jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baghaei membangkitkan dakwaan tersebut menerusi hantaran di platform X hari ini, susulan taklimat bersama Ahli Parlimen wilayah Fars, Mousa Mousavi.
During a meeting with Dr. Mousa Mousavi, the member of Parliament for Mehr & #Lamerd, I was briefed on the harrowing details of a devastating American missile strike on a sports hall in the city of Lamerd, Fars Province.
On the afternoon of Saturday, 9 Esfand 1404 (28 February… https://t.co/tHr7g6gPIv— Esmaeil Baqaei (@IRIMFA_SPOX) May 25, 2026
Menurut beliau, serangan udara itu menyasarkan sebuah dewan sukan di bandar Lamerd, wilayah Fars pada petang 28 Februari 2026.
Pada hari sama, sebuah sekolah di Minab turut dilaporkan diserang menggunakan peluru berpandu Tomahawk.
Insiden di Lamerd didakwa mengorbankan 24 orang awam termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun serta beberapa remaja pemain bola tampar.
Lebih 130 individu dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.
Baghaei turut mendakwa serangan itu melibatkan penggunaan Peluru Berpandu Serangan Tepat (PrSM) dengan mod letupan udara (airburst), yang meletup sebelum impak.
Menurutnya, letupan itu melepaskan kira-kira 180,000 pelet tungsten berkelajuan tinggi ke pelbagai arah, menyebabkan kemusnahan besar terhadap bangunan dan kawasan sekitarnya.
Pihak Iran menegaskan sasaran terhadap kemudahan awam seperti dewan sukan menunjukkan tindakan terancang untuk menguji keberkesanan senjata baharu.
Baghaei berkata tindakan itu merupakan satu pelanggaran undang-undang antarabangsa dan menuntut pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.