KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia di Jepun digesa untuk terus berwaspada dan sentiasa mengambil maklum tentang perkembangan terkini susulan gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter yang melanda Wilayah Iwate di timur laut Jepun, awal pagi tadi.
Kedutaan Malaysia di Tokyo, dalam satu kenyataan di Facebook, turut menasihati rakyat Malaysia supaya memantau keadaan setempat dengan teliti dan mengikuti kemas kini yang dikeluarkan oleh Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Sekiranya berlaku kecemasan, mereka boleh menghubungi Kedutaan di +81-3-3476-3840 (waktu pejabat), Talian Kecemasan: +81-80-4322-3366 (selepas waktu pejabat) atau e-mel: [email protected] dan [email protected].
Gempa bumi yang berlaku pada 7.30 pagi waktu tempatan itu dilaporkan mencederakan empat orang, termasuk remaja dan individu berusia 50-an tanpa amaran tsunami dikeluarkan.
-- BERNAMA