Skip to main content

Dunia

Empat maut dalam insiden bangunan runtuh di New Delhi

Police officers cordon off a crowd of people and members of the media at the site of a collapsed building in New Delhi, India, May 30, 2026. REUTERS/Adnan Abidi
Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala sembilan yang lain cedera selepas sebuah bangunan lima tingkat runtuh di kawasan Mehrauli, New Delhi pada Sabtu malam. - Foto REUTERS/Adnan Abidi

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala sembilan yang lain cedera selepas sebuah bangunan lima tingkat runtuh di kawasan Mehrauli, New Delhi pada Sabtu malam, lapor Xinhua.

Menurut pengesahan polis tempatan pada Ahad, seorang wanita merupakan antara mangsa yang terkorban. Mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di sebuah hospital tempatan.

Polis membuka kertas siasatan terhadap pemilik bangunan itu.

“Ia merupakan sebuah bangunan komersial lima tingkat yang menempatkan banyak pejabat dan sebuah pusat tuisyen. Banyak pejabat ditutup ketika kejadian berlaku memandangkan ia hujung minggu. Apabila bangunan itu runtuh, sisa runtuhan bangunan berkenaan menghempap sebuah bangunan berhampiran, menyebabkan ramai terperangkap di bawah timbunan runtuhan,” kata seorang pegawai Polis Delhi.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement