JIUQUAN: China melancarkan kapal angkasa Shenzhou-23 pada Ahad bagi membawa tiga angkasawan ke stesen angkasa Tiangong yang mengorbit bumi, lapor Xinhua.
Kapal angkasa itu, yang dibawa roket pembawa Long March-2F, berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China.
Krew Shenzhou-23 terdiri daripada komander misi Zhu Yangzhu bersama angkasawan Zhang Zhiyuan dan Li Jiaying.
Ketiga-tiga angkasawan itu masing-masing bertugas sebagai jurutera penerbangan, juruterbang kapal angkasa dan pakar muatan.
Zhu sebelum ini menyertai misi angkasa Shenzhou-16.
Zhang dan Li masing-masing berasal daripada kumpulan ketiga dan keempat angkasawan negara itu, dan ini merupakan misi penerbangan angkasa pertama mereka.
Sebelum dipilih sebagai angkasawan, Zhang merupakan juruterbang tentera udara manakala Li pernah berkhidmat dalam Pasukan Polis Hong Kong.
Li mencipta sejarah sebagai angkasawan pertama dari Hong Kong yang ke angkasa lepas. Beliau juga menjadi angkasawan wanita keempat China yang menyertai misi angkasa, selepas Liu Yang, Wang Yaping dan Wang Haoze.
-- BERNAMA-XINHUA