BEIJING: China telah melaksanakan larangan sementara terhadap eksport helium, menurut notis bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dan Pentadbiran Am Kastam pada Jumaat, lapor Xinhua.
Larangan yang berkuat kuasa serta-merta selepas pengumuman itu dibuat selaras dengan undang-undang perdagangan luar negara China, kata notis berkenaan.
Sebarang pelarasan lanjut akan dimaklumkan secara berasingan kelak, katanya.
--BERNAMA-XINHUA