Skip to main content

Dunia

Angka korban bangunan runtuh di Maghribi meningkat kepada 15

Four people died in a building collapse in the historic part of Fez, Morocco, according to regional authorities.  Another six people were injured in the collapse of the five-story building. -- X Marina Wolf
Bangunan kediaman lima tingkat di kejiranan Jnan Jroudi, daerah Ain Naqbi, runtuh sepenuhnya dalam kejadian pada Jumaat. - Foto X Marina Wolf

RABAT (MAGHRIBI): Angka korban akibat runtuhan bangunan kediaman bertingkat di bandar Fez, utara Maghribi meningkat kepada 15 orang pada Jumaat, manakala lima lagi cedera, lapor Anadolu Ajansi.

“Jumlah mangsa akibat insiden itu meningkat kepada 15 kematian dan lima cedera,” kata seorang pegawai kepada Anadolu.

Pegawai itu berkata bangunan kediaman lima tingkat di kejiranan Jnan Jroudi, daerah Ain Naqbi itu runtuh sepenuhnya.

Menurut koresponden Anadolu, pihak berkuasa menamatkan operasi menyelamat susulan bangunan berkenaan runtuh secara tiba-tiba yang mencetuskan panik dalam kalangan penduduk bangunan berhampiran.

Pihak berkuasa turut mengosongkan empat bangunan bersebelahan dan membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca runtuhan.

Setakat ini, tiada maklumat berhubung punca kejadian dan pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Pada Khamis, penyiar milik kerajaan Channel 2 melaporkan angka korban meningkat kepada 11 orang.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement