Skip to main content

Dunia

7 cedera dalam serangan Iran ke atas pangkalan AS di Kuwait - Laporan

An Iranian missile flies towards Israel, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, as seen from Hebron, in the Israeli-occupied West Bank, March 25, 2026. REUTERS/Mussa Qawasma
IRGC berkata ia menyasarkan pangkalan udara AS di Kuwait sebagai tindak balas terhadap serangan udara AS berhampiran Lapangan Terbang Bandar Abbas di selatan Iran. - Gambar hiasan/Reuters

WASHINGTON: Empat anggota perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) dan tiga kontraktor awam cedera dalam serangan peluru berpandu balistik Iran ke atas pangkalan udara AS di Kuwait minggu lepas, dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan udara AS di selatan Iran, menurut laporan media pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik penyiar AS CBS News.

Ketujuh-tujuh mangsa mengalami kecederaan ringan dan kembali bertugas dalam tempoh 24 jam.

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata ia menyasarkan pangkalan udara AS di Kuwait sebagai tindak balas terhadap serangan udara AS berhampiran Lapangan Terbang Bandar Abbas di selatan Iran.

Menurut Agensi Berita Tasnim, IRGC berkata serangan balas itu berlaku pada 4.50 pagi waktu tempatan (0120GMT), beberapa jam selepas apa yang disifatkan sebagai serangan AS berhampiran lapangan terbang bandar pelabuhan itu menggunakan udara.

Dalam kenyataan berikutnya, Komando Pusat AS (CENTCOM) berkata serangan peluru berpandu itu telah "berjaya dipintas oleh tentera Kuwait."

Ketegangan serantau semakin memuncak pada 28 Feb, apabila AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran, mendorong Tehran untuk bertindak balas dengan siri serangan dron dan peluru berpandu yang mengena sasaran di seluruh wilayah serta menutup Selat Hormuz.

Gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April menerusi pengantaraan Pakistan, namun rundingan di Islamabad gagal menghasilkan perjanjian.

Presiden AS Donald Trump kemudian melanjutkan gencatan senjata sambil mengekalkan sekatan ke atas kapal yang melakukan perjalanan ke atau dari pelabuhan Iran melalui laluan Selat Hormuz dan secara berkala mengatakan perjanjian damai semakin hampir.

-- BERNAMA-ANADOLU 

Must Watch Video

Advertisement