Skip to main content

Dunia

17 maut, 10 cedera van rempuh penumpang bas di tepi jalan

Rescue workers carry a body of a victim at a local hospital in Hyderabad, Pakistan. Photo used for an illustrative purpose. File/Associated Press
Pihak hospital mengesahkan jumlah korban, dengan tiga mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal. -Foto AP

PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 17 orang maut manakala 10 lagi cedera selepas sebuah van penumpang hilang kawalan sebelum merempuh sebuah bas yang berhenti di tepi lebuh raya di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan, hari ini.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Rescue 1122, Bilal Ahmad Faizi berkata nahas itu berlaku di Lebuh Raya Ekspres Swat berhampiran kawasan Mardan.

Menurut beliau, kejadian bermula apabila sebuah bas dari Swat menuju ke Peshawar mengalami masalah mekanikal dan terpaksa berhenti di bahu jalan.

Ketika sebahagian penumpang turun dan menunggu di tepi jalan, sebuah van yang dipandu laju gagal dikawal lalu merempuh orang ramai serta bas terbabit.

Pihak hospital mengesahkan jumlah korban, dengan tiga mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Siasatan awal polis peronda lebuh raya mendapati kecuaian pemandu van menjadi punca utama kemalangan.

Kebanyakan mangsa dilaporkan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman bagi persiapan menyambut Aidiladha.

Kemalangan maut sering dilaporkan di Pakistan, dikaitkan antara lain dengan faktor penguatkuasaan trafik, pemanduan berbahaya dan keadaan jalan raya.

 

Must Watch Video

Advertisement