LUSAKA, ZAMBIA: Sebelas pelombong emas secara kecil-kecilan maut dalam kejadian tanah runtuh di sebuah lombong di timur Madagascar, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik pihak berkuasa pada Rabu.
Siasatan awal mendapati mangsa sedang bekerja semalaman ketika tanah runtuh berlaku di sebuah tapak perlombongan di Vatomandry, sekali gus menyukarkan operasi menyelamat.
“Pihak berkuasa sedang berusaha menentukan keadaan sebenar kejadian tanah runtuh itu. Datuk Bandar bandar berkenaan telah mengarahkan penutupan segera tapak itu bagi menghalang sebarang aktiviti perlombongan lanjut serta mengurangkan risiko kejadian lain,” lapor L'Express de Madagascar pada Rabu.
-- BERNAMA-ANADOLU