Skip to main content

Bisnes

Syria anjur forum perniagaan pertama dengan AS selepas sekatan dilonggarkan

We’re one week away from the event of the year.  The U.S.-Syria Business Council is proud to partner with Squire Patton Boggs for the First Annual U.S.-Syria Business Forum, taking place on July 13 in Damascus._FB U.S.-Syria Business Council
Perbincangan akan memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi Syria, rancangan pembaharuan dan peluang pelaburan, selain meneroka langkah untuk memperluas kerjasama sektor swasta. - Foto Majlis Perniagaan Syria-Amerika

ISTANBUL: Syria akan menganjurkan forum perniagaan pertamanya dengan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, menandakan satu lagi langkah ke arah memulihkan hubungan ekonomi selepas Washington melonggarkan sekatan yang dikenakan sejak beberapa dekad lalu, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut Agensi Berita Arab Syria (SANA), acara anjuran Kementerian Ekonomi dan Industri serta Majlis Perniagaan Syria-Amerika itu akan menghimpunkan pegawai kerajaan, pelabur dan pemimpin perniagaan dari kedua-dua negara.

Perbincangan akan memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi Syria, rancangan pembaharuan dan peluang pelaburan, selain meneroka langkah untuk memperluas kerjasama sektor swasta.

Forum itu diadakan ketika Damsyik berusaha menarik pelaburan asing susulan pelonggaran sekatan AS.

Tahun lepas, Washington mengeluarkan Lesen Am Syria 25 dan memberikan pengecualian di bawah Akta Caesar bagi memudahkan pelaburan yang menyokong pemulihan Syria.

Presiden AS Donald Trump kemudiannya menandatangani perintah eksekutif untuk menarik balik sekatan AS terhadap Syria.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement