Skip to main content

Bisnes

KOPIESATU perkasa kopi tempatan, buka peluang usahawan F&B

KOPIESATU_TB
Ranau Arabica Estates di Kampung Toboh Lama, Ranau, Sabah, menjadi antara sumber bekalan biji kopi Arabika tempatan bagi menyokong pembangunan industri kopi Malaysia. - Gambar KOPIESATU

KUALA LUMPUR: Bermula daripada inisiatif menangani lambakan pengeluaran biji kopi Arabika tempatan pada 2001, KOPIESATU kini berkembang sebagai jenama kopi tempatan yang bukan sahaja meningkatkan nilai hasil pertanian negara, malah membuka peluang kepada usahawan tempatan menceburi industri makanan dan minuman (F&B).

Diperkenalkan melalui inisiatif Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), KOPIESATU diwujudkan bagi membantu memasarkan hasil biji kopi petani tempatan dalam bentuk produk bernilai tambah, sekali gus menjamin kelangsungan pendapatan mereka dan memperluaskan pasaran kopi tempatan.

Pada peringkat awal, KOPIESATU beroperasi menggunakan konsep trak makanan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum berkembang kepada model kiosk serta kafe bagi memenuhi permintaan pengguna di seluruh negara.

Image
KOPIESATU_INSERT
KOPIESATU memulakan operasi menerusi konsep trak makanan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. - Gambar KOPIESATU

Selain memperkukuh industri kopi tempatan, KOPIESATU turut menyediakan peluang kepada usahawan membangunkan perniagaan menerusi Program Pelesenan (Licensing) yang menawarkan kadar pelaburan kompetitif serta sokongan operasi secara menyeluruh.

Sehingga kini sebanyak 30 outlet KOPIESATU dibawah selian FAMA dan usahawan Pelesenan telah beroperasi, dan terdapat 11 lagi outlet yang dijangka akan beroperasi pada tahun 2026 ini.


Menerusi program itu, usahawan menerima bimbingan dalam aspek latihan operasi, pembangunan produk, sistem jualan, pemasaran dan pemantauan berterusan bagi memastikan perniagaan diurus secara sistematik, berdaya maju dan mampan.
 

Image
KOPIESATU_INSERT
Biji kopi Arabika tempatan diproses menjadi produk bernilai tambah di bawah jenama KOPIESATU, sekali gus menyokong pembangunan industri kopi tempatan. - Gambar KOPIESATU

Dalam masa sama, KOPIESATU komited menawarkan specialty coffee berkualiti pada harga berpatutan, khususnya kepada golongan B40, bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati kopi premium tanpa menjejaskan standard kualiti produk.

KOPIESATU juga merancang memperluaskan lagi rangkaian cawangannya menerusi pembangunan model perniagaan yang mampan, sambil memastikan penyampaian produk, perkhidmatan dan pengalaman pelanggan terus memenuhi standard kualiti yang ditetapkan.

Usaha itu selaras dengan aspirasi KOPIESATU untuk memartabatkan kopi tempatan sebagai pilihan utama rakyat Malaysia, memperkasa usahawan tempatan serta mengangkat jenama kopi Malaysia agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Image
KOPIESATU_INSERT
Seiring perkembangan jenama, KOPIESATU kini beroperasi melalui rangkaian kiosk dan kafe di seluruh negara bagi memperluaskan akses kepada pelanggan. - Gambar KOPIESATU

Must Watch Video

Advertisement