Skip to main content
Malaysia ketengah tiga tonggak utama di pemukiman Menteri Luar

Malaysia ketengah tiga tonggak utama di pemukiman Menteri Luar

Malaysia akan mengetengahkan tiga tonggak utama iaitu politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya selaku pengerusi ASEAN 2025.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, ia bermatlamat memastikan ASEAN lebih bersepadu, inklusif dan mampan, sekali gus memperkukuhkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.