Skip to main content

Teknologi

LinkedIn tambah sokongan GIF dalam ruangan komen

41586246775_LinkedIn.jpg
Ciri tersebut diperkenalkan menerusi kemas kini terbaharu aplikasi, dengan butang GIF kini tersedia dalam kotak komen, bersebelahan ikon muat naik imej dan emoji. -Gambar fail

SAN FRANCISCO: Platform rangkaian profesional LinkedIn kini membolehkan pengguna menambah imej bergerak (GIF) secara terus dalam ruangan komen sebagai kaedah baharu berinteraksi.

Ciri tersebut diperkenalkan menerusi kemas kini terbaharu aplikasi, dengan butang GIF kini tersedia dalam kotak komen, bersebelahan ikon muat naik imej dan emoji, lapor Amanz.

Ketua Pegawai Produk LinkedIn, Hari Srinivasan berkata fungsi itu memberi lebih fleksibiliti kepada pengguna untuk mengekspresikan maklum balas menggunakan elemen visual.

Menurut beliau, penambahan GIF dijangka menjadikan interaksi dalam platform lebih dinamik, walaupun LinkedIn kekal sebagai ruang profesional.

Sebelum ini, penggunaan GIF adalah terhad kepada mesej peribadi (direct message) atau kempen pengiklanan tertentu.

Bagi paparan di halaman utama, pengguna perlu menukar fail GIF kepada format video seperti MP4 untuk memastikan animasi dapat dimainkan.

Dengan kemas kini ini, GIF boleh digunakan secara terus tanpa memerlukan proses penukaran format.

Selain itu, LinkedIn turut memperkemas antara muka dengan menyusun butang fungsi utama dalam satu baris yang lebih ringkas bagi memudahkan navigasi pengguna.

 

Must Watch Video

Advertisement