Skip to main content

Teknologi

Google kemas kini Calendar dengan lebih 200 pilihan warna baharu

Sumber: AMANZ
Melalui ciri baharu tersebut, pengguna kini boleh membezakan acara peribadi, tugasan kerja atau menetapkan warna khusus bagi setiap individu dengan lebih jelas dan sistematik. -Foto Amanz

GOOGLE Calendar kini menawarkan lebih 200 pilihan warna baharu menerusi ciri Custom Event Colors, sekali gus memberikan pengguna lebih fleksibiliti dalam mengurus dan membezakan jadual acara, lapor Amanz.

Sebelum ini, aplikasi pengurusan masa itu hanya menyediakan 24 pilihan warna standard, yang sering menimbulkan kekeliruan apabila warna sama digunakan untuk tugasan berbeza.

Melalui ciri baharu tersebut, pengguna kini boleh membezakan acara peribadi, tugasan kerja atau menetapkan warna khusus bagi setiap individu dengan lebih jelas dan sistematik.

Google memaklumkan paparan aplikasi masih mengekalkan 24 warna asal sebagai pilihan lalai, namun pengguna kini boleh mengakses ratusan palet tambahan menerusi ikon pemilih warna (color picker) yang disediakan.

Kemas kini ciri Custom Event Colors ini mula diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna Google Workspace di seluruh dunia sejak 17 Jun lalu.

 

Must Watch Video

Advertisement