KELAB bola sepak Indonesia, Persib Bandung, dikenakan hukuman berat oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sewaktu perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) menentang Ratchaburi pada Februari lalu.
Skuad kendalian Bojan Hodak terpaksa membayar dengan harga yang tinggi apabila gagal menyediakan keselamatan terbaik buat pelawat di Stadium Gelora Bandung Lautan Api (GBLA).
Denda tersebut berpunca daripada kekecohan penyokong dan menceroboh padang, pembakaran suar serta balingan objek berbahaya oleh penyokong tuan rumah yang melakukan provokasi atas faktor protes terhadap kekalahan itu.
🇮🇩Persib Bandung have received major sanctions from the Asian Football Confederation following crowd incidents during their AFC Champions League Two 2025/26 match against 🇹🇠Ratchaburi FC on February 18 at Gelora Bandung Lautan Api Stadium.#Persib #ACLTwo pic.twitter.com/0MnAWwOmJi
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) May 13, 2026
Pelawat berdepan detik cemas apabila tidak dibenarkan keluar daripada stadium sehingga semuanya beransur pulih.
Akibatnya, juara liga Indonesia itu berdepan penalti sebanyak AS$200,000 (sekitar RM880,000) dan perlu dibayar dalam tempoh 30 hari daripada tarikh keputusan dikeluarkan.
Seterusnya, pasukan didenda larangan kehadiran penyokong berkuat kuasa untuk dua perlawanan di tempat sendiri bagi mana-mana kejohanan kelab di bawah anjuran AFC.
Sementara sekatan penonton untuk perlawanan kedua ditangguhkan selama tempoh percubaan dua tahun.
Jika insiden sama berulang dalam tempoh ditetapkan, hukuman perlawanan kedua akan dilaksanakan secara automatik.
Dalam aksi tersebut, wakil Thailand itu mara ke peringkat seterusnya selepas menyingkirkan Persib Bandung. -- Stadium Astro