Skip to main content

Sukan

Al-Nassr tumbang, hasrat Cristiano Ronaldo rangkul trofi ACL2 'berkecai'

Soccer Football - AFC Champions League Two - Final - Al Nassr v Gamba Osaka - Al Awwal Park, Riydh, Saudi Arabia - May 16, 2026 Gamba Osaka coach Jens Wissing lifts the trophy as he celebrates with his players after winning the AFC Champions League Two REUTERS/Hamad I Mohammed TPX IMAGES OF THE DAY
Jurulatih Gamba Osaka Jens Wissing mengangkat trofi yang dimenangi meraikan kejayaan bersama pemain selepas tamat perlawanan akhir Piala FA antara Al Nassr dan Gamba Osaka di Al Awwal Park, Riydh, Saudi Arab Saudi, 16 Mei 2026. REUTERS

KELAB gergasi Arab Saudi, Al-Nassr, terpaksa akur tewas melawan kepada Gamba Osaka 0-1 dalam saingan pentas akhir Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Al-Awwal Park, Riyadh, awal pagi tadi.

Rembatan deras Deniz Hummet pada minit ke-29 memastikan kelab dari Jepun itu mendahului terlebih dahulu dan terpaksa memertahankan kelebihan itu hingga wisel penamat dibunyikan meskipun Joao Felix hampir menyamakan kedudukan, namun rembatannya sekadar singgah tiang gol.

Jentera pertahanan Gamba Osaka mempamerkan disiplin tinggi dalam tempoh 90 minit permainan yang dikuasai oleh Al-Nassr itu, sekali gus mempertahankan jaringan tunggal itu untuk menamatkan tempoh 90 minit permainan dengan kemenangan tipis.

Kekalahan itu juga menyaksikan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, yang telah meledak 971 jaringan dalam karier bola sepak profesionalnya itu terus kemarau trofi utama sejak menyertai Al-Nassr pada 2023 daripada Manchester United.

 

 

 

 

 

Must Watch Video