Skip to main content

Malaysia

Hangat! Spekulasi jersi terkini Harimau Malaya

Media sosial sejak malam tadi bergegar tentang gambar tidak rasmi berkenaan jersi terbaru Harimau Malaya tahun ini dikongsikan oleh oleh sebuah halaman berpengaruh dunia.
Media sosial sejak malam tadi bergegar tentang gambar tidak rasmi berkenaan jersi terbaru Harimau Malaya tahun ini dikongsikan oleh oleh sebuah halaman berpengaruh dunia.

MEDIA sosial sejak malam tadi bergegar tentang gambar tidak rasmi berkenaan jersi terbaru Harimau Malaya tahun ini dikongsikan oleh oleh sebuah halaman berpengaruh dunia.

Footy Headlines yang secara amnya sering memuat naik hal berkaitan jersi kelab mahupun negara seluruh dunia mencuri perhatian apabila skuad Malaysia difahamkan bakal memiliki kelengkapan baharu bagi musim ini.

Menerusi tinjauan yang tular itu, warna kuning terus menjadi kit utama pasukan kebangsaan ditambah dengan jalur berwarna hitam sebagai corak terkini.

 

 

 Tiada pengesahan rasmi daripada pihak-pihak berwajib mengenai spekulasi itu setakat ini.

Pada awal tahun lalu, Puma menjadi penaja pakaian rasmi pasukan bola sepak Malaysia di bawah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang menamatkan kerjasama selama 18 tahun antara Nike sebelum ini.

Disember lalu, syarikat pakaian sukan terkemuka itu mengumumkan jersi ketiga Harimau Malaya yang berwarna biru selepas kali terakhir Malaysia mempunyai warna tersebut pada era 2018-2020. - Stadium Astro

Must Watch Video

Advertisement