Skip to main content

Malaysia

Zahid ajak umat Islam manfaat Hari Arafah dengan memperbanyak doa

𝐃𝐒 π‡πšπ«π’ π€β€™π«πšπŸπšπ‘, 𝐊𝐒𝐭𝐚 πŠπžπ¦π›πšπ₯𝐒 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚-𝐍𝐲𝐚 Rasulullah SAW menyebut bahawa sebaik-baik doa adalah doa pada Hari A’rafah. Marilah kita memperbanyakkan doa, zikir, istighfar dan amalan kebaikan mudah-mudahan Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita serta mengurniakan ketenangan dan rahmat dalam kehidupan._FB ZAHID HAMIDI
Ahmad Zahid turut menitipkan doa buat jemaah haji yang sedang berada di Tanah Suci, agar segala ibadah mereka dipermudah dan memperoleh haji yang mabrur. - Facebook Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak seluruh umat Islam untuk memanfaatkan Hari Arafah esok, dengan memperbanyak doa dan amal ibadat demi meraih keampunan dan rahmat daripada Allah SWT.

β€œRasulullah SAW menyebut bahawa sebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah.

β€œMarilah kita memperbanyak doa, zikir, istighfar dan amalan kebaikan, mudah-mudahan Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita serta mengurniakan ketenangan dan rahmat dalam kehidupan,” katanya menerusi hantaran di X hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menitipkan doa buat jemaah haji yang sedang berada di Tanah Suci, agar segala ibadah mereka dipermudah dan memperoleh haji yang mabrur.

Bagi yang pulang ke kampung sempena sambutan Aidiladha pula, beliau mendoakan agar perjalanan mereka sentiasa selamat dan dipelihara Allah SWT.

β€œSemoga ia menjadi titik untuk kita terus memperbaiki diri dan memperkukuh hubungan sesama insan dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Insya-Allah,” katanya.

Hari Arafah yang jatuh pada 9 Zulhijjah setiap tahun merupakan hari yang penting dalam Islam, kerana ia menandakan kemuncak ibadah Haji, iaitu waktu jutaan jemaah dari seluruh dunia berkumpul untuk berwukuf di Padang Arafah.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement