Skip to main content

Malaysia

Tunku Besar Tampin santuni 100 asnaf melalui agihan daging korban

Cik Puan Isteri Anis binti Sobari yang ditemani Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri menyampaikan sumbangan daging korban kepada penerima di Majlis Ibadah Korban sempena Aidiladha, di Perkarangan Surau Al- Khusyu', Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin, hari ini.
Che Puan Isteri Anis Sobari yang ditemani Tunku Syed Razman menyampaikan sumbangan daging korban kepada penerima di Majlis Ibadah Korban sempena Aidiladha, di Perkarangan Surau Al- Khusyu', Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin, hari ini.

TAMPIN: Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri hari ini berkenan menyampaikan sumbangan daging korban kepada 100 penerima dalam kalangan asnaf di daerah ini sempena sambutan Aidiladha.

Program yang berlangsung di perkarangan Surau Al-Khusyu’, Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin itu dianjurkan dengan kerjasama Yayasan VFive Group menerusi pelaksanaan ibadah korban melibatkan empat ekor lembu.

Baginda menzahirkan penghargaan kepada yayasan berkenaan atas sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan program korban berkenaan.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan VFive Group atas sumbangan serta kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ibadah korban ini.

“Semangat Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan keprihatinan terhadap sesama insan. Rezeki yang dikongsi bersama ini diharap dapat membawa kegembiraan kepada golongan memerlukan, selain mengeratkan hubungan silaturahim dalam masyarakat,” titah baginda.

Majlis itu turut dihadiri Che Puan Isteri Anis Sobari yang turut menyampaikan sumbangan daging korban kepada penerima.

Program berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh semangat kekeluargaan, selain mencerminkan kerjasama erat antara institusi diraja, badan kebajikan dan komuniti setempat dalam menjayakan inisiatif kebajikan demi manfaat rakyat.

Baginda turut berharap budaya gotong-royong serta amalan saling membantu dapat terus diperkukuh bagi memastikan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Must Watch Video

Advertisement